Pages

Payah dulu Senang kemudian

Aku tahu. mungkin kau belum pernah mengerti duna ini seperti apa.
Dan mungkin aku juga belum lagi kenal dunia ini seperti apa.
Kita hidup berpenuhkan pancaroba. Banyak dugaan yang perlu kita rempuh.
kerana kita hidup bukan untuk bahagia selamanya. bukan untuk bersenang-senangan semata.
sebab sebelum kita mahu mengapai kebahagiaan atau kesenangan bukan mudah.
kita perlu merangkak dahulu supaya kita kenal erti kepayahan atau kesusahan hidup.

Manusia tidak ada yang sempurna sepenuhnya.
Maka dengan itu cubalah untuk mejadi orang yang sempurna. sempurna hatinya, sempurna jiwanya.
sempurna mindanya.
kalau kamu tidak boleh berusaha untuk dapatkan  kesemua itu, maka janganlah kamu cuba untuk hidup dengan kesempurnaan. Ya lebih baik jangan. untuk apa kau dapat kesempurnaan itu .
sedangkan kau masih ego. masih sombong. masih angkuh.

Aku masih memegang gunung tinggi supaya aku bisa mengenal erti apa itu payah.
kalau aku mahukan tangga , aku perlu bina dengan sendiri. dengan peluhku sendiri. dengan tulangku sendiri.
jika tidak, aku akan jatuh menjunam.

Seperti apa yang aku katakan dahulu. kalau mahukan sesuatu, berusaha untuk mendapatkannya, walaupun berat sekalipun, walaupun pahit sekalipun, tetap harus gagah. sebab di akhirnya nanti kamu akan dicurahkan kemanisan yang kamu tidak jangka.

percayalah.

10 comments:

CekbOlat-bOlat said...

go nana go . hewhew

Hami Asraff said...

Mula dari hari ini. Bukan esok.

ghost writer said...

aku lebih suka ingatkan diri aku. ini suatu kesempurnaan yang sementara.

AHMAD AFIQ said...

nak senang sentiasa

new hope said...
This comment has been removed by a blog administrator.
man said...

Berusaha tangga kejayaan...hehe.sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

[PCL] said...

Setiap aksi ada reaksi..slmt hr raya

Chuu Muqhlis said...

teruskn usaha untuk mnjadi yg terbaik. caiyokk nana :D

Mohd Shafwan said...

selamanyaa..:) add me back

potia casadelarossa said...

mulakan dari langkah pertama..

Silent Reader[s] ♥
/>