Pages

Kelembutan Si Bulat


Kian ku melangkah. Tapak demi tapak ku hentakkan. Mencari teduh dari pancaran air hujan yang mencucuk daging daging aku. sejuk. Kedinginan hujan membuat aku dahaga.

Namun. terlihat sebuah rumah yang indah. tersegam ia disana. dipenuhi manusia manusia keriangan wajahnya. apakah yang membuatkan mereka senang hati disana? Adakah terkena sumpahan rumah itu bahawa siapa yang masuk ke dalamnya akan merasakan bahagia?

Aku melangkah ke sana. dengan hati hati. dengan gemuruh tercacak di dada. tak apa.
Mungkin itu hanya muslihat untuk tidak keluar dari kehujanan membasahi dunia.

Oh : perkataan pertama keluar dari rongga kerongkong aku. Ciumlah betapa harum air hitam itu.Bukan saja air hitam, bahkan air coklat dan air jingga di gabung bersama krim putih.  Eh . Adakah aku juga terkena sumpahan rumah ini? Masya'Allah.

Mataku terhenti di satu sudut. apa itu? Fikiran aku mulai bersuara. bentuknya semua bulat. Banyak sekali bulat bulat itu. cuma ia di hiasi dengan warna warna berlainan. juga ditambah aksoseri pelbagai corak.
Hatiku ghairah. tidak tahan dek godaan kebulatan bentuk itu. Lantas dengan membayar sebanyak dua ringgit dan lima puluh sen, aku menyentuhnya dengan berhati hati.

Wah : perkataan kedua keluar dari rongga kerongkong aku. Lembut. Lihatlah betapa seksinya dia. Tidak hairanlah mengapa ramai sekali orang orang singgah dirumah ini. Lihatlah betapa anggunnya dia, sudahlah seksi, lembut nya seperti kain sutera. Rasanya juga enak sekali. Ya. sangat enak. sehingga dapat menternak lemak di perutku.

Bulat. kau lembut. dan kau juga enak. Alhamdulillah.


Hujan kian senyap. menandakan pelangi mahu muncul. Aku berlalu pergi dari rumah sumpahan itu sambil keriangan.

Bila sumpahan ini mahu lesap?

Haih : perkataan ketiga keluar dari rongga kerongkong aku lagi.





6 comments:

cherryzeyra said...

Menyelerakan . ne yang buat ceq lapaq ne . :)

Zul De Alexis said...

gua baca tidak tinggalkan walaupun sepatah perkataan kerena terpegun dengan penulisan yang hebat nie..nice.

nyum2 sedapnya :P

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

sdapnya, rasa da lama xmenikmati kesedapan si bulat gebu ne

new hope said...

salam,

fat

KLIK bertuturlah dalam BM, PM beritahu masyarakat Cina

♥ Nana BamBam ♥ said...

@cherryzeyra :sila makan. sebab bulat akan gembirakan kamu. percayalah :)

@Zul De Alexis : makasih. gua tulis ikut mood ja..haha

@◕ Kawaii D Y S H A ◕ : jom beli banyak-banyak. :)

@ new hope : wasalam. hi

said...

jom baca 8sebab kenapa foundation anda harus dibuang.
http://payunghitamputih.blogspot.com

Silent Reader[s] ♥
/>